PHOTOGRAPHY




Pada mulanya,fotografi hanyalah sekadar hobi buat saya.Minat yang mendalam terhadap seni fotografi telah membuatkan saya ingin membina kerjaya sambilan sebagai seorang jurugambar pada suatu hari nanti.Fotografi telah menjadi aktiviti masa lapang saya,bukan satu pekerjaan.Saya juga masih banyak ilmu yang perlu dipelajari seprti gaya fotografi potret,konseptual,komersial,foto kewartawanan dan sebagainya.Blog saya ini bukan hanya sekadar berperanan sebagai tutor dalam ilmu asas fotografi,malah ia adalah blog yang dapat membantu para pembaca mengembangkan lagi pemahaman mereka tentang pengimejan dan mencari kecenderungan artistik mereka.Memanglah wajar bagi seseorang pendatang baru dalam bidang fotografi untuk mencari pengetehuan asas dalam teknik-teknik fotografi.Namun,setelah mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan asas,mereka tentu mahu terus mempertingkatkan diri dan mendefinasikan gaya dan identiti kerja mereka yang tersendiri.Kepeda mereka yang menyimpan hasrat untuk menceburkan diri dalam bidang fotografi,jangan meminati bidang fotografi hanya kerana trend masa kini.Masuk ke bidang ini kerana keseniannya yang tersendiri,itu lebih baik.Ambil bidang ini sebagai satu bentuk seni,jika tidak,lupakan.