PROSES MENDAPATKAN IMEJ


  1. Mendatkan imej dari mesin pengimbas
  • Mesin pengimbas adalah satu medium/alat yang digunakan untuk mendapatkan imej digital daripada sumber bercetak. Penggunaan mesin pengimbas penting dalam pengiklanan masa kini.
  • Setiap pengimbas mempunyai fungsi dan keupayaan berbeza dari segi : RESOLUTION, FUNGSI, PERISIAN.
  • Setiap mesin pengimbas akan digabung penggunaannya bersama perisian menyunting imej.



Picture from google images



2. Mendapatkan imej dari Kamera Digital

Picture from google images
  • Kamera merupakan salah satu medium yang amat popular untuk mendapatkan imej digital. Ianya mempunyai pelbagai fungsi dan setting yang boleh di ubah mengikut kehendak jurugambar. Kreativiti jurugambar juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.
  • Kamera mempunyai pelbagai jenis dan ianya bergantung kepada penggunaan masing masing.
  • Kamera jenis DSLR biasanya digunakan oleh jurugambar profesional dimana terdapat pelbagai fungsi yang berbeza dan setting tertentu pada kamera tersebut yang boleh diaplikasi untuk mendapatkan imej yang berkualiti. Pelbagai peralatan tambahan boleh digunakan bergantung kepada kreativiti jurugambar itu sendiri. Dari segi penjagaan kamera pula ianya perlulah dititik beratkan kerana harganya mahal.
  • Bagi kebanyakan orang, kamera jenis compact amat sesuai. Ini kerana kamera jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan ianya mudah untuk didapati.

3. Mendapatkan Imej dari internet

Picture from google images
Pada masa kini, penggunaan internet amatlah penting untuk mendapatkan pelbagai sumber yang boleh digunapakai. Dalam aplikasi pengiklanan, kita boleh mendapatkan imej digital melalui pelbagai laman web yang menyediakan rujukan gambar.
Gambar yang diambil di internet boleh digunakan sebagai gambar rujukan selagi ia mempunyai kualiti yang tinggi, imej yang besar & menggunakan format yang boleh diguna pakai pada perisian menyunting imej. Penggunaan imej digital, bergantung pada resolution dan kualiti imej tersebut. Contoh imej 300 dpi lebih baik dari 72 dpi.

No comments:

Post a Comment