Pilihan beg camera

beg galas daypack
Bahagian atas beg adalah ruang untuk barang-barang bukan fotografi.Manakala bahagian bawah adalah ruangan untuk kamera,lensa dan aksesorinya.Peralatan fotografi yang disimpan di bahagian bawah adalah bagus supaya beban kamera tidak terasa berat.

Beg galas besar
Beg galas klasik yang memiliki banyak ruangan dan sebuah ruang utama yang besar bagi menampung peralatan kamera yang lengkap.Malah,kita dapat meletakkan tripod di bahagian belakang beg galas.Sekiranya fotografi adalah tujuan utama,kita cadangkan menggunakan beg jenis seperti ini.

Beg sandang
Sesuai dengan namanya,beg ini mempunyai tali yang dapat diletakkan pada bahu dan disandangkan pada badan.Terdapat pelbagai saiz beg jenis ini dari saiz kompak sehingga yang bersaiz besar.Beg jenis ini memudahkan kita menggantikan lensa,namun dalam masa yang sama juga mudah dicuri.

Toploader
Beg kecil ini sesuai menyimpan sebuah kamera jenis SLR (Single-Lens-Reflex).Beg jenis ini memiliki ruangan untuk kamera dan lensa yang terpasang tanpa ruangan tambahan yang lain.Kebiasaanya,beg ini juga dilengkapi beberapa poket tambahan dan sesuai bagi merakam foto dengan santai.

No comments:

Post a Comment