Persamaan dan perbezaan kepala tripod

Kepala tripod merupakan salah satu sistem tripod yang disambung untuk menyokong kamera dengan kaki tripod selain membenarkan orientasi antara peranti seperti kamera untuk dimanipulasi atau dikunci.Kepala tripod boleh digunakan dalam pelbagai julat sudut yang luas dan membenarkan pengguna memilih jenis kepala tripod mengikut kehendak fotografi mereka.Fungsi utama kepala tripod adalah untuk memberikan daya menahan penyambungan peranti dalam pelbagai orientasi yang dikehendaki pengguna.Dalam mengambil gambar malam atau dengan halaju "shutter speed" yang perlahan,kepala tripod menyokong bagi mengurangkan getaran yang timbul.Kepala tripod juga membantu ketika pengguna mengambil gambar dalam mod video untuk memudahkan pengguna mengendalikan kamera dengan sokongan yang ada.Setiap jenis kepala tripod menawarkan kepelbagaian dan pengawalan yang berbeza.Malah penggunaan bahan dalam struktur kepala tripod dan rekaan juga berbeza mengikut kegunaan dan spesifikasi masing-masing.Terdapat tiga asas jenis kepala tripod yang ada iaitu "pan and tilt","ballhead" atau bebola dan juga "gimbal".

Pan/Tilt
KEPALA TRIPOD PAN/TILT
Rekaan kepala ini boleh dilihat pada tripod untuk kegunaan jurugambar peringkat permulaan.Ia dikatakan kepala tripod klasik yang pernah suatu ketika dahulu digunakan secara meluas oleh ramai orang.Pengguna boleh menggunakan kepala tripod pan/tilt untuk kegunaan dari sisi ke sisi,bawah dan keatas dengan menggerakkan pemegang kepala tripod.Kesemua pergerakkan boleh dikawal dan diketatkan menggunakan pemegang kepala tripod.Terdapat kekunci keselamatan yang disediakan untuk memastikan dan memudahkan pergerakan ketika mengambil gambar.Pergerakan boleh menjangkau sehingga 360 darjah dengan menggunakan pelarasan boleh ubah "pan".Terdapat juga kepala tripod ini yang dibekalkan dengan "bubble level" bagi membolehkan pengguna melaras posisi kedudukan kamera yang seimbang.

Bebola
KEPALA TRIPOD BEBOLA
Kepala tripod bebola adalah kepala tripod terbaru dan biasanya digunakan di peringkat professional.Penggunaan kepala tripod ball memberikan pergerakan yang lancar dan lebih fleksibel.Dengan kepala yang berbentuk bulat ini,pengguna boleh mengambil gambar panorama dengan hasil yang mengagumkan dan lancar kerana kepala ini boleh digerakkan 360 darjah.Kepala tripod bebola menawarkan pengendalian yang mudah ketika mengambil gambar kerana hanya menggunakan satu kekunci dalam bentuk skru untuk mengetatkan kedudukkan.

Gimbal
KEPALA TRIPOD GIMBAL
Kepala tripod gimbal secara umumnya digunakan untuk menyokong lensa berat telephoto.Pengguna boleh memutarkan lensa yang berat ketika proses mengambil gambar.Penggunaan kepala tripod ini memberikan kestabilan dan lebih cepat berbanding menggunakan tripod yang lain.Kepala tripod jenis ini hanya menawarkan kedudukan mengambil gambar dalam bentuk melintang dan menegak sahaja.Walau bagaimanapun,kepala tripod gimbal sesuai untuk mengambil gambar dalam pergerakan cepat seperti fotografi sukan kerana kestabilannya.Terdapat kekunci berbentuk skru untuk memudahkan jurugambar mengunci kedudukan lensa agar dalam berada pada kedudukan terbaik.

No comments:

Post a Comment