DSLR atau CSC

DSLR

CSC

Perbandingan antara DSLR atau CSC menunjukkan lebih banyak persamaan daripada perbezaan.Tetapi perbezaan tersebut penting kerana mungkin mempengaruhi pilihan anda.Bagi fotografi am,kedua-duanya pilihan baik dan amat serba guna kerana ada lensa saling boleh tukar.CSC dan lensanya jauh lebih kecil dan ringan berbanding sistem DSLR maka kelebihannya akan menyerlah dalam keadaan yang memerlukan ruangan kecil dan peralatan yang ringan.Oleh itu,jika anda merancang untuk mengembara ke seluruh dunia,CSC sesuai juga.

Kebanyakan CSC memberi pilihan pemidang tilik (viewfinder) atau monitor belakang untuk mengarang (compose) imej,dan ada juga CSC yang tiada pemidang tilik.Dua perkara penting : pemidang tilik adalah jenis elektronik,jadi pastikan anda okey dengannya,ramai lebih suka jenis 'optical' pada DSLR.Jika tiada pemidang tilik,anda perlu gunakan LiveView pada skrin belakang untuk membingkai subjek,ini tidak mudah jika keadaan terang,walaupun hud/pelindung dapat  membantu.Jika anda tidak suka LiveView,atau sering menangkap gambar dalam keadaan bercahaya terang di bawah sinaran matahari,DSLR mungkin lebih sesuai.

Jika mutu imej adalah ciri terpenting,anda akan lebih suka sensor bingkai penuh atau APS-C berbanding dengan Four Thirds.CSC Samsung dan Sony menggunakan sensor Four Thirds.Semua DSLR kecuali Olympus dan Panasonic menggunakan sensor APS-C atau lebih besar.Seperti yang dinyatakan awal tadi,perbezaan mutu antara saiz sensor berlainan hanya dapat dilihat jika anda membuat pembesaran kepada saiz A4 ke atas.Oleh itu,elakkan daripada menjadikan saiz sensor satu-satunya faktor penentu.

Satu lagi isu yang perlu diingati : CSC adalah produk yang baru diperkenalkan.Sebaik-baiknya,pastikan pilihan lensa cukup untuk keperluan anda kerana sistem CSC lebih kecil dan kurang pilihan berbanding dengan sistem DSLR yang telah wujud lebih lama.

No comments:

Post a Comment