Bagaimana teknik pantulan flash membantu untuk meningkatkan kualiti fotografi


Jurugambar profesional seperti jurugambar fesyen jarang menggunakan flash terus untuk merakam gambar kerana hasilnya terlalu terang,pencahayaan yang hambar,mengurangkan "red eye" pada mata subjek dan kelihatan agak kurang menarik.Kebanyakan kamera amatur direka mempunyai binaan dalaman flash dimana pancaran cahayanya terus ke subjek dan mewujudkan kesan yang kurang dinamik.Akan tetapi,dengan penambahan unit flash dengan teknik pantulan flash boleh mengurangkan hasil terlampau terang dan memberikan gambar yang lebih menarik.

PENGGUNAAN SILING
Flash terus di dalam bilik kecil bukan sahaja memberikan cahaya yang terang malah mewujudkan bayang di belakang subjek.Dengan memegang kamera dalam keadaan menegak format potret,kesan flash terhasil hanya di bahagian sebelah subjek manakala bayang terhasil di sebelah bertentangan.Oleh itu,apabila kepala flash berada di atas,cahaya dari flash akan dilantunkan ke siling dan mengurangkan bayang pada subjek malahan,serakan cahaya yang terhasil akan lebih sekata pada permukaan subjek dan latar belakang.Kedudukan subjek juga penting kerana apabila subjek menunduk ke bawah,akan terhasil bayang di bawah mata.

Di dalam bilik kecil,kepala flash perlu menegak ke atas siling dengan sudut 90 darjah kerana cahaya akan dilantunkan ke siling dan terus diserak ke dinding bagi menambah penyebaran cahaya.Manakala di dalam bilik besar dengan jarak dan kedudukan subjek yang agak jauh,kepala flash akan dibengkokkan 1/3 menghadap subjek.

PENGGUNAAN DINDING
Apabila mengambil gambar potret,permukaan paling sesuai untuk pantulan flash adalah dinding,di bahagian hadapan subjek,sisi dan belakang.Dengan menggunakan dinding di bahagian sisi subjek sebagai pemantul cahaya,ia menghasilkan pencahayaan kreatif.Apabila cahaya datang dari bahagian sebelah,cahaya mendatar akan terhasil pada subjek.

Lantunan cahaya di belakang kamera memberikan hasil gambar "soft",kurang bayang dan sesuai untuk kebanyakkan pengambaran potret.Hasilnya lebih sekata daripada menggunakan pemantul "umbrella" atau payung kerana permukaan dinding yang jauh lebih luas.

KABEL "OFF CAMERA SHOE"


Penggunaan kabel "off camera shoe" menghasilkan kualiti berlainan dan jauh lebih fleksibel bagi teknik "bounce flash".Kabel disambungkan pada "hot shoe" kamera dan flash boleh berfungsi secara automatik.Dengan penggunaan kabel ini anda boleh meletakkan flash di pelbagai sudut ketika mengambil gambar.

Penggunaan kabel sangat berguna ketika mengambil gambar "close up".Pencahayaan dari flash yang diletakkan pada kamera selalunya sangat tinggi apabila subjek didekatkan kepada kamera.Dengan menggunakan kabel yang berfleksibel ini membolehkan anda meletakkan kepala flash selari dengan subjek.

Teknik pantulan flash tidak hanya terhad kepada lokasi di dalam rumah.Pantulan flash juga boleh digunakan ketika mengambil gambar potret di luar.Di luar kawasan rumah kesan cahaya kuat penggunaan flash boleh dikurangkan dengan menggunakan kad pemantul yang diletakkan di bahagian atas flash ataupun anda boleh menggunakan "softbox" ketika pengambaran.Selamat mencuba!

Softbox


3 comments:

  1. thanx sebab sudi kongsi ilmu pesal flash...saya memang dah lama bercadang nak beli speedlite nih..;)

    ReplyDelete
  2. sama sama . jika berkemampuan adalah lebih baik membeli speedlite yg sama dgn jenama camera anda sendiri :)

    ReplyDelete
  3. xnampak nak baca..backgroung blog ganggu..

    ReplyDelete