SELAMAT TINGGAL TEKNIK KLANG




Selamat tinggal kami berseru,
Selamat tinggal semua guru,
Selamat tinggal lama dan baru,
Doakan kami dan berikanlah restu.

Pengajian kami tamatlah sudah,
Setelah menerima ilmu berlimpah-limpah,
Kami mohon untuk berpindah,
Meninggalkan kenangan yang indah-indah.

Inilah waktunya inilah tikanya,
Tangisan bercampur dalam seloka,
Meninggalkan guru-guru yang tercinta,
Hiba dan pilu kami terasa.

Antara kami tiada permusuhan,
Malahan semuanya beriman,
Perasaan kami hiba tidak tertahan,
Meninggalkan Teknik Klang yang penuh kenangan.
Segala pengajaran yang telah diberi,
Kami jadikan mutiara diri,
Daripadamu guru bestari,
Kasih tersemat dalam sanubari.

Semoga Teknik Klang bertambah jaya,
Mengasuh anak bangsa supaya berjaya,
Hingga menjadi insan mulia,
Harumlah nama sekolah tercinta.

Di sini sahaja madah terhenti,
Melukis gambaran sayu ombak di hati,
Tibalah masa mengundur diri,
Pilu dan hiba berganti-ganti.

Tamatlah seloka dengan duka cita,
Segala kesalahan ampun diminta,
Kehadapan sahabat teman bercerita,
Inilah penghabisan bertentangan mata.

#thankz kepada cikgu yg dah ajar saya dan sanggup melayan kerenah saya :)

No comments:

Post a Comment