I am NIKON show



Bertempat di ruang Concourse Mid Valley Megamall pada 19 Oktober sehingga 23 Oktober 2011 yang lalu,jenama kamera terbesar di Malaysia ini telah menganjurkan I AM NIKON Show dan antara aktiviti yang terdapat semasa I AM NIKON Show ini antara lain pengunjung boleh mengetahui produk pengimejan terbaru Nikon di pasaran dan aksesori,siri Nikon 1,produk COOLPIX dan barisan produk NIKKOR.Terdapat juga khidmat percuma cucian sensor dari jam 11 pagi sehingga 9 malam pada ketiga-tiga hari tersebut.Sudut Nikon Professional Service (NPS) dan pameran fotografi menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih mendalam mengenai hasil karya yang dipamerkan.Kepada yang baru mendaftar sebagai ahli Kelab Nikon Malaysia,mereka berpeluang memenangi hadiah misteri daripada Nikon.Antara pertandingan yang menjadi tumpuan pengunjung adalah pertandingan I AM NIKON yang menawarkan hadiah Nikon 1 J1.Pelbagai promosi hebat ditawarkan oleh pihak Nikon dan cenderahati sumbangan ekslusif yang telah ditawarkan kepada pengunjung yang hadir.

No comments:

Post a Comment