HDR foto malam


Teknik HDR juga dapat dilakukan pada foto landskap waktu malam.Biasanya,HDR digunakan bagi memastikan perincian lampu-lampu dalam foto kelihatan dengan jelas dan cantik walaupun dalam cahaya terang.

Merakam pada waktu malam biasanya menggunakan long exposure dengan kelajuan shutter yang lambat.Perkara ini menyebabkan sinaran lampu menjadi 'kembang' dan mengurangkan perincian pada lampu serta objek sekitarnya.

Semakin banyak foto dengan pelbagai exposure,foto hasil gabungan menjadi semakin terperinci.Cara ini juga membuatkan objek yang terkena cahaya lampu semakin jelas kelihatan.

Sekiranya kita membuat foto landskap kawasan bandar,kebiasaannya banyak objek bergerak yang terakam bersama.Dengan teknik HDR,perkara itu menyebabkan efek ghosting (objek bergerak menjadi seperti garisan cahaya).Namun,kadangkala cara ini membuatkan foto itu menjadi lebih unik dan menarik.

2 comments: