Apakah Dynamic range dalam teknik fotografi HDR ?

Kini,ramai jurugambar tertarik dengan teknik HDR.Mereka mengatakan bahawa foto yang diambil dengan teknik ini menjadi semakin dramatik,berdimensi dan berwarna-warni.Secara amnya,teknik ini sudah lama digunakan.Namun kini,teknik ini kian mendapat tempat yang meluas dengan kehadiran banyak perisian (software) HDR.Perisian grafik seperti Adobe Photoshop juga mempunyai fungsi penyuntingan HDR.

Apakah dynamic range?
Secara ringkas,High Dynamic Range (HDR) adalah teknik fotografi bagi mendapatkan objek gelap dan terang yang tepat sehingga menghasilkan dynamic range (tahap dinamik) yang tinggi.Ini bermakna,imej foto yang dihasilkan sama seperti cara pandangan mata manusia.


Mengapa teknik HDR mampu menjadikan hasil rakaman kamera biasa menjadi lebih dramatik dan berdimensi?Bagi menjawab persoalan itu,kita perlu memahami apakah maksud dynamic range itu sendiri.


Dalam dunia fotografi dan pengimejan,dynamic range adalah nisbah antara intensiti cahaya maksimum dan minimum yang diukur.Realitinya,tiada nilai tepat yang dapat menentukan warna yang benar-benar putih ataupun hitam.Apa yang dapat ditentukan adalah tahap intensiti sumber cahaya dan pantulan cahaya yang diterima objek.Kerana itu,dynamic range diukur secara nisbah.


Itensiti cahaya dapat ditentukan daripada cahaya yang datang dan cahaya yang dipantulkan objek.Kedua-duanya mempengaruhi dynamic range bagi objek.Objek yang mempunyai variasi pantulan serta mempunyai unsur hitam yang meningkatkan pantulan biasanya mempunyai dynamic range yang lebih besar berbanding objek yang hanya menampakkan variasi cahaya yang diterima.


Ukuran itensiti cahaya ataupun luminasi (cahaya terus daripada sumber) sangat penting dalam topik dynamic range.Unit luminasi dan iluminasi itu diukur dengan unit candel per meter persegi (cd/m2).

2 comments: