Anda tergolong dalam jurufoto yang mana ?




BARU BELAJAR

Tidak berpengalaman 

Anda mungkin telah berjaya mengambil gambar secara snap menggunakan kamera kompak namun tidak dengan DSLR.Anda sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap fotografi tetapi sering kecewa kerana anda tidak memiliki kesemua pengetahuan asas yang diperlukan untuk memiliki kawalan terhadap foto anda.Jadi anda selalu mengambil gambar menggunakan mod auto sepenuhnya untuk mendapatkan imej yang baik dan dalam masa yang sama belajar daripada pengalaman dan penggunaan mod yang berbeza.Anda selalu mengambil gambar keluarga dan rakan-rakan anda atau memenuhi masa lapang dengan melakukan penggambaran di taman,landskap,atau potret.Mengenai peralatan pula,anda memiliki kelengkapan asas seperti sebuah entry-level DSLR bersama lensa kit,sebuah telephoto berharga sederhana seperti 55-200mm.Anda juga memiliki sebuah beg gadjet yang kecil,tripod asas namun kekurangan kelengkapan setaraf pakar seperti sebuah flashgun.Jika ditanya mengenai tahap kemahiran fotografi anda,jawapannya adalah "ok,tetapi masih boleh dipertingkatkan",namun anda juga memiliki beberapa shot yang hebat mengikut pandangan anda sendiri.


ENTHUSIAST

Advanced amateur

Anda telah menggunakan DSLR beberapa tahun dan mungkin juga memiliki kamera DSLR 35mm.Anda menganggap diri anda sebagai seorang jurufoto yang berkebolehan yang sekurang-kurangnya mengetahui perkara mengenai keperluan asas untuk menghasilkan imej yang sempurna dan well exposed.Anda dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang jurufoto yang baik perkhidmatan anda dicari oleh rakan-rakan dan kaum keluarga.Anda masih mengekalkan keghairahan anda terhadap fotografi dan pada masa yang sama mencari idea baru,teknik dan kemahiran untuk dipelajari,mengembangkan bakat anda menggunakan kepakaran sedia ada.Anda tidaklah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda daripada foto anda,namun anda memiliki idea yang kukuh dalam membuktikan apa yang anda mampu hasilkan berdasarkan perbandingan dengan foto-foto jurufoto lain.Semuanya berkisar daripada apa yang diperkatakan oleh orang lain mengenai hasil kerja anda,kejayaan anda setakat ini,yang mungkin melibatkan tawaran mengambil gambar perkahwinan atau menjual imej sebagai simpanan.Anda memiliki sebuah kamera mid-range DSLR yang bagus (mungkin juga sebuah DSLR entry level sebagai kamera simpanan).Anda menggunakan lensa yang berkualiti dan juga standard zoom yang bagus.Anda juga melengkapkan peralatan dengan telezoom,sebuah ultra wide-angle dan barangkali sebuah lensa specialist seperti macro dan juga sebuah 50mm f/1.8 dan pilihan kreatif lain seperti sebuah lensbaby.Anda mampu memiliki flashgun,tripod berkualiti tinggi,beg gadjet atau beg galas yang bermutu dan tidak mustahil memiliki atau bercadang untuk memiliki sebuah sistem pencahayaan.Anda boleh dikatakan menguasai photoshop dan juga teknik digital yang lain dan mencetak imej menggunakan inkjet printer yang berkualiti tinggi.


PROFESIONAL

Advanced enthusiast

Anda mungkin bukanlah jurufoto sepenuh masa,namun anda tahu anda memiliki kemahiran kreatif dan keupayaan untuk menjana wang dari fotografi.Mengambil gambar merupakan pembangkit selera anda dan jarang sekali anda kemana-mana tanpa DSLR anda kerana tidak sanggup menahan rasa pilu apabila tidak mampu untuk mengambil gambar yang memiliki peluang menjadi imej yang hebat.Sebab itulah anda memiliki kamera kompak yang berkualiti sebagai ganti sekiranya anda tidak boleh menggunakan DSLR anda.Hajat menjadi seorang pro merupakan impian agung anda,namun atas beberapa sebab sekarang bukanlah masa yang sesuai namun anda mempunyai beberapa  perancangan dan memiliki keazaman tinggi untuk menjadi jurufoto sepenuh masa.Anda memiliki kemahiran di dalam kebanyakkan kemahiran dan teknik fotografi.Anda membelek atau membaca majalah fotografi sebagai inspirasi.Anda juga kerapkali menyertai pertandingan foto tidak hanya untuk memenangi,malah juga sebagai cabaran untuk menajamkan kemahiran anda.Hasil daripada aktiviti fotografi seperti penggambaran perkahwinan atau potret,penjualan imej kepada perniagaan setempat mahupun komsyen anda tidaklah terlalu mewah tetapi masih memberi pulangan yang lumayan.Anda sudah memiliki dua atau tiga DSLR kerana mahukan model yang lebih canggih sesuai dengan kemahuan anda.Anda juga mempunyai koleksi lensa yang pelbagai,mungkin terdapat satu atau dua optik premium.Sebuah 50mm,100mm makro,sebuah wide-angle premium merupakan di antara koleksi-koleksi f/2.8 mahupun sebuah teleconverter dan/atau sebuah set extension tub.Anda juga memiliki koleksi aksesori foto termasuklah reflectors,lighting,sebuah remote release,beberapa tripod dan gels/diffuse yang digunakan bersama flashgun anda.

2 comments:

  1. wah2..ika golongn mne erk?
    suke amek gmbr ikot mood lg2 law candid..hahaha..tp ika ta de pown kamera..pinjm je la ley..

    ReplyDelete
  2. haha , kumpul lah duit tu nti boleh beli DSLR kan :)

    ReplyDelete