Kelab Nikon Malaysia...






Kelab Nikon Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan kesemua pengguna produk Nikon (termasuk pengguna kamera kompak Coolpix) membentuk sebuah komuniti fotografi di Malaysia.Kepada pengguna produk pengimejan Nikon,kelab ini akan menjadi salah satu medium penyebaran maklumat dengan pendekatan yang lebih santai,kreatif dan memberikan inspirasi kepada peminat seni fotografi.Dengan wujudnya Kelab Nikon Malaysia,semua generasi pengguna Nikon berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman antara satu sama lain selain mempelajari kaedah dan ilmu dalam bidang fotografi yang luas.

Kelab ini terbuka kepada semua pengguna produk Nikon termasuklah para pengumpul,peminat foto dan juga golongan jurugambar amatur serta profesional.Kelab ini bekerjasama dengan Nikon Malaysia dan Pusat Nikon di Kuala Lumpur bagi menyediakan akses pantas kepada maklumat serta informasi terkini industri fotografi.Selain itu,kelab ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti seperti bengkel fotografi,forum perbincangan,galeri foto,naskhah buletin setiap suku tahunan,program mentor,pameran,rombongan fotografi dan bermacam-macam lagi.

Melalui laman sesawang www.nikonclub.com.my kelab ini telah menyediakan saluran interaktif bagi memudahkan akses pengguna yang juga ahli kelab tidak kira pengguna kamera Coolpix ataupun SLR bagi mendapatkan maklumat terkini serta berpeluang berkongsi pengalaman fotografi secara maya.Badan kelab sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat serta bantuan yang difikirkan sesuai kepada para ahli disamping membentuk jalinan persahabatan yang erat di antara Nikon Malaysia dan para penggunanya di Malaysia.Dengan tertubuhnya Kelab Nikon Malaysia ini adalah menjadi harapan pihak Nikon Malaysia agar dapat mendekati pengguna mereka secara lebih dan mendapatkan maklum balas dari pengguna secara terus untuk memajukan produk serta perkhidmatan yang diberikan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment