Karnival Fotografi Warisan Selangor







Kerajaan Negeri dengan kerjasama Tourism Selangor - Selangor Shines,berjaya menganjurkan Karnival Fotografi Warisan Selangor di Jambatan Sungai Klang sebagai usaha menghargai dan mempromosi keindahan dan sejarah yang terdapat di bandar tersebut.Penganjuran seumpama ini bertujuan mengabdikan panorama indah Bandar Klang yang penuh dengan sejarah berharga menerusi lensa jurugambar yang hadir dari serata pelusuk untuk tatapan masyarakat setempat mahupun pelancong.

Turut hadir,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,Exco Pelancongan,Elizabeth Wong,Pengurus Besar Tourism Selangor,Noorul Ashikin Mohd Din dan Orang Besar Daerah Klang,Datuk Setia Haji Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bandar Klang melalui satu pusingan fasa masa panjang yang mana bermula sejak zaman pra-sejarah yang mana banyak meninggalkan sejarah besar penempatan di Bandar Diraja itu.Selain itu,Bandar Klang juga menawarkan banyak tempat pelancongan bersejarah seperti bangunan-bangunan sebelum zaman perang seperti Galeri Diraja Klang yang dibina ketika pemerintahan Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah dan pernah menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan British dan Markas Tentera Jepun.

Selain itu,karnival yang bertemakan 'Keriangan 12 Jam Tanpa Henti' bagi meraikan warisan Bandar Klang malah menganjurkan pelbagai acara terbuka kepada pengunjung.Antaranya seperti 'Kiddy Photography Workshop' untuk kanak-kanak 9 hingga 12 tahun dan 'All Rounder Photography Championship' terbuka kepada semua lapisan.Karnival ini juga mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book Of Record,apabila berjaya mengadakan 'Kolaj Foto terpanjang di Jambatan Sungai Klang'.Lebih 3,000 pengunjung hadir dari serata Selangor memeriahkan karnival selain menikmati keindahan Bandar Klang .

No comments:

Post a Comment